SEJARAH

SEJARAH SEKOLAH



Abstrak

Sekolah Kebangsaan Tiram Duku (SKTD) telah diasaskan oleh Penghulu Mohamad Ali pada tahun 1916. Jika dikira sehingga 2007, bermakna sudah 91 tahun usia SKTD. Usaha menyelongkar sejarah SKTD belumlah sampai ke tahap maksima. Setakat ini hanya sedikit sejarah SKTD dicatatkan, iaitu pada tahun 1981, semasa SKTD menyambut Perayaan Jubli Intan ke-60 SKTD.

Selepas itu tiada pihak lagi yang cuba menyelidik sejarah SKTD dengan lebih lengkap. apa yang terkandung di dalam catatan ini hanyalah sebahagian sejarah SKTD yang dapat dicatat. Usaha akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga sejarah SKTD menjadi lengkap dan menjadi rujukan bagi generasi akan datang.
Pendahuluan

SKTD terletak 45 km dari bandaraya Johor Bahru. Kedudukannya di selatan Semenanjung Malaysia, bertaraf ’Sekolah Kurang Murid’ (kategori sekolah di bawah 150 orang murid). Telah dikodkan dengan JBA1045. Sekolah dilengkapkan dengan segala kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan yang ditunjukkan kebelakangan ini amat memberangsangkan dan peringkat tertinggi yang diperolehi setakat ini ini adalah Pencalonan Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Luar Bandar.


Sejarah SKTD

Menurut Haji Awang Bin Safar (Allahyarhham) sebagaimana temubual beliau dengan Haji ’Abas Bin Hussin (sekarang pesara), kedudukan Sekolah Kebangsaan Tiram Duku (SKTD) yang ada sekarang adalah sebagaimana kedudukan asalnya pada tahun 1916, iaitu di atas tanah milik Uda Lenga Abdul Manaf. Di hadapan bangunan sekolah terdapat sebatang sungai yang menjadi jalan perhubungan utama pada masa itu. Dengan adanya sungai itulah bahan-bahan pembinaan diangkut.
Di sini juga jelas menunjukkan bagaimana akrabnya sungai dengan kehidupan manusia. Sungai yang sama juga telah digunakan oleh mereka yang membuka Kampung Tiram Duku.

SKTD mula dibina pada tahun 1916. Sebelum itu, anak-anak Kampung Tiram Duku bersekolah di Sekolah Umum Tanjung Adang. Kedudukan Kampung Tanjung Adang yang berhampiran laut menunjukkan bahawa kampung tersebut lebih dahulu dibuka berbanding dengan Kampung Tiram Duku. Begitu juga halnya dengan bangunan sekolah.

Jalan raya yang berturap mula dibina menghubungi kampung-kampung di dalam Mukim Tanjung Kupang dengan Gelang Patah pada pertengahan tahun 1960-an. Melalui perhubungan jalan raya, SKTD hanya berada 12 km dari Gelang Patah. Kedudukan sungai di hadapan SKTD kini dipisahkan oleh jalan raya tersebut.


Sebelum terbina sekolah di Kampung Tiram Duku, anak-anak Kampung Tiram Duku bersekolah di Sekolah Umum Tanjung Adang. Sekolah ini terletak kira-kria 4 batu jauhnya dari Kampung Tiram Duku.
Kedudukan Kampung Tanjung Adang dan sekolahnya berhampiran laut. Ini menunjukkan bahawa kampung tersebut lebih dahulu dibuka berbanding dengan Kampung Tiram Duku. Begitu juga halnya dengan bangunan sekolah.

Perjalanan yang jauh dengan melalui hutan dan belukar menyebabkan hanya sebahagian kecil yang menuntut di sekolah itu. Menyedari kesukaran anak-anak kampung ini untuk ke sekolah berkenaan, maka Penghulu Mohammad Ali, Penghulu Kampung Tiram Duku pada masa itu, telah berusaha membina sebuah bangunan yang akan menjadi tempat anak-anak kampung ini menuntut ilmu. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah kepunyaan Uda Lenga Abdul Manaf, yang terletak berhampiran dengan sebatang sungai. Penghulu Mohammad Ali telah mendapat kebenaran membina sekolah dan seorang guru dengan pertolongan dari dua orang Pegawai Kerajaan iaitu Yang Mulia Ungku Yim dan Yang Mulia Ungku Mohamad.

Cikgu Bidin Bin Haji Abdullah merupakan guru yang pertama berkhidmat di sekolah ini. Mengikut Buku Catatan Harian beliau, persekolahan bermula pada 6 Disember 1916. Walau bagaimanapun adalah dipercayai bangunan untuk sekolah tersebut belum siap sepenuhnya pada tarikh tersebut kerana Cikgu Bidin telah mencatatkan pengajaran dan pembelajaran diadakan di rumah Penghulu Mohamad Ali.

Ada kemungkinan sekolah tersebut dimulakan pembinaannya pada 6 Disember 1916 dan siap pada 3 Februari 1917 kerana Cikgu Bidin tidak mencatatkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah Penghulu Mohamad Ali bermula 4 Februari 1917.

Bangunan sekolah yang pertama ini lebih menyerupai sebuah rumah.
Bangunannya diperbuat daripada kayu-kayu bulat nyirih, tenga dan tiup-tiup dan beratapkan nipah. Bahan-bahan ini diangkut dengan sampan melalui sungai yang terletak di hadapan sekolah dengan 
diketuai oleh Sulaiman bin Mohammad Amin. Antara tukang-tukang yang terlibat dengan pembinaan sekolah ialah Pak Amba Husin dan Pak Amba Hasan (saudara kembar).

Apa yang terkandung di dalam catatan beliau pada 6 Disember 1916, terdapat hanya 45 orang murid sahaja yang hadir iaitu 27 orang lelaki dan 18 orang perempuan.

Oleh kerana bangunan itu diperbuat daripada kayu yang kurang tahan, maka bangunan itu tidak dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Penduduk kampung telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Johor untuk membina bangunan yang lebih kukuh. Akhirnya, pada tahun 1921 Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju membina sebuah bangunan menggantikan bangunan sekolah yang lama. Kontraktor Cina telah diupah untuk membina sekolah ini yang dibina berukuran 80 kaki panjang dan 30 kaki lebar. Bahan-bahan binaan dibawa melaui laut menyelusuri sungai yang terletak di hadapan sekolah. Bangunan ini kemudiannya ditambah menjadi 110 kaki panjang akibat pertambahan murid.

Oleh kerana kedudukannya berhampiran dengan sungai, murid-murid sekolah ini pada waktu itu terpaksa menghadapi masalah air pasang. Apabila air pasang, murid-murid dan guru terpaksa mengharunginya. Keadaan ini berlarutan sehingga selepas kemerdekaan negara. Pada awal tahun 1960-an, kesulitan ini mendapat perhatian dari Wakil Rakyat pada waktu itu, iaitu Allahyarham Tuan Syed Mohamad bin Idros (Dato’). Perkara itu disuarakan kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hassan bin Mohamad Yunus (Allahyarham). Tidak lama kemudian kerja-kerja penambakan dilakukan dan masalah air pasang tidak dihadapi lagi oleh murid-murid dan guru sekolah ini.

Pada tahun 1969, atas inisiatif Guru Besar pada waktu itu, Ahmad bin Hassan, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 3 buah bilik darjah telah dibina. Berbeza dengan bangunan pertama yang berdinding separuh, bangunan yang dibina ini berdinding penuh. Bangunan tambahan ini telah dapat menampung pertambahan murid yang berlaku.

Sejak 1916, SKTD di bawah pengawasan dan terletak dalam kumpulan Pasukan Tanjung Adang dengan diketuai oleh seorang Guru Pasukan. Sejak tahun 1961 pentadbiran terus di bawah kelolaan Pejabat, Pengelola Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru, (sekarang dipanggil Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru) yang pada masa itu berpejabat di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Johor Bahru (sekarang di Jalan Glendening, Johor Bahru).

Berikut adalah senarai Guru-Guru Pasukan Tanjung Adang;

1.        M.Noh Bin Sulaiman                  1930    -     1931

2.        Hashim Bin Haji Ahmad            1931    -     1932

3.        Abdullah Bin Dagang                 1933    -     1934

4.        Othman Bin Yahya                    1934    -     1949

5.        Haji A.Samad Bin Haji Nor        1949    -     1954

6.        Omar Bin Ahmat                        1951    -     1951

7.        Ibrahim Bin Bakar                      1954    -     1957

Pada tahun 1976, Haji Adam bin Abdul Ghani (Guru Besar), di dalam Rancangan Malaysia Ketiga, telah memasukkan projek menambak padang dan memasang tingkap cermin di 3 bilik darjah. Walau bagaimana pun menambak padang tertangguh. Pada 22 September 1978, di dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya, Syed Abdullah Bin Othman (Guru Besar), telah mengemukakan masalah tersebut beserta dengan rancangan membina pagar mengelilingi sekolah, kepada dua orang Wakil Rakyat yang hadir, iaitu YB Dato’ Mohamad Bin Haji Rahmat (sekarang Tan Sri) dan YB Mohd Yunus Bin Sulaiman (Allahyarham). Kedua-dua Wakil Rakyat telah mengambil mengambil perhatian terhadap rancangan tersebut.
Dalam Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985), Syed Abdullah Bin Othman (Guru Besar), telah mencadangkan projek pembangunan untuk sekolah ini, iaitu tambahan bangunan baru yang mempunyai 3 bilik darjah, bilik Guru Besar, bilik guru, perpustakaan, bilik sembahyang dan sebuah kantin. Di samping itu peruntukan untuk menambak padang dan memagar sekolah telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Ini telah diumumkan oleh Dato’ Musa Bin Hitam (Menteri Pelajaran pada masa itu) pada 12 Mac 1980 di dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang dan diulangi oleh YB Dato’ Mohamad Bin Haji Rahmat di dalam Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Gelang Patah pada 30 Mei 1981.

Merujuk kepada majalah Nadi SKTD yang diterbitkan sempena Perayaan Jubli Intan SKTD, pada 12 Jun 1981 telah diadakan Majlis Jubli Intan bagi merayakan tahun ke-60 SKTD. Perkiraan ini diambil bermula pada tahun 1921 dan bukannya 1916 iaitu tarikh sebenar SKTD dimulakan.

Pada tahun 1983 projek pembinaan bangunan baru dan kantin telah disempurnakan. Bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1921 telah dirobohkan dan dibina kantin di atas tapak tersebut.

Bekas Guru Besar

1.        Bidin Bin Haji Abdullah (1916    -1939)

2.        Elias Bin Haji A.Manan (1939-1941)

3.        Haji Joned Bin Md.Som (1941-1942)

4.        Haji Sulaiman Bin Haji Abdullah (1943-1960)

5.        Haji Ahmad Bin Hasan (1961-1963)

6.        Haji Adam Bin Abd.Ghani (1964-1978)

7.        Syed Abdullah Bin Othman (1978-1989)

8.        Haji Ahmad Bin Omar (1989-1991)

9.        Mesrandi Bin Mesdi       (1991-1992)

10.      Ali in Othman (1992-1994)

11.      Tajaldin Bin Hashim       (1994-1998)

12.      Haji Ahmat Bin Ali (1999-2000)

13.      Zaharah Binti Md Top (2001-2002)

14.      Syed Salleh Bin Syed Hassan (2002-2003)

15.      Sutahar Bin Mori (2003-2005)

16.      Haji Wan Rahman Bin Wan Long (2005)

17.      Suremin B. Ithnin ( 2006 – Kini )


Bekas Guru

1.        Bidin Bin Haji Abdullah (1916-1939)

2.        A.Jabar Bin Omar (1923-1933)

3.        Sulaiman Bin Haji Abdullah (1929-1960)

4.        Haji Omar Bin Haji Ahmad (1933-1935)

5.        M.Sa’id Bin Haji A.Majid (1935-1939)

6.        Elias Bin Haji A.Manan (1939-1941)

7.        A.Majid Bin A.Chik (1939-1941)

8.        Adam Bin Abdul Ghani (1938-1978)

9.        Haji Jonid Bin M.Som (1941-1941)

10.      Bukhari Bin Ahmad (1945-1949)

11.      Bokhari Bin M.Tahir (1954-1961)

12.      Baharudin Bin Awang (1955-1957)

13.      M.Said Bin A.Hamid (1957)

14.      Haji ‘Abas Bin Hussin (1957-1996)

15.      Yon Bin Ahmad (1959-1963)

16.      Ahmad Bin Abdullah (1959-1960)

17.      Salihin Bin Salih (1959-1960)
18.      Khalid Bin Saihan (1959-1960)
19.      Haji Mustafa Bin Haji Selamat (1959)

20.      A.Shukor Bin Haji Sulaiman (1959-1960)

21.      Banon Bin Tenggek (1961-1964)

22.      Jamaluddin Bin A.Rahman (1962-1989)

23.       Haji Kamari Bin Mustari (1963-1991)

24.        Othman Bin Bachok (1963-1964)

25.      Risno Bin Rosdi (1963)

26.       Haji A.Malik Bin Ibrahim (1964-1985)

27.      Haron Bin Alias (1964-1966)


28.      Semawi Bin Taman (1964-1966)

29.       Md Ali Bin Abdullah (1967-1969)

30.      Haji Johar Bin Ibrahim (1967-1968)

31.       Abu Samah Bin Sentol (19691972)

32.       Abd Aziz Bin Ahmad (1970-1979)

33.      Margaret Jacob (1973-1988)

34.      Mohammad Bin Haji Ahmad (1977-1985)

35.       Md.Hassan Bin Sulaiman (1980-1981)

36.       Foziah Binti Ahmad (1980-1983)

37..      Abdullah Bin Haji Salleh (1984-1996)

38.      Vimala V.Nd Nair (1985)

39.      Kamarudin Bin Said (1986-1992)

40.      Shafie Bin Arifin (1986-1999)

41.      Lizah Ninti Md.Dum (1986-1988)

42.      Samsudin Bin Kalewan (1989-1996)

43.      Rasinah Binti Abdul (1989)

44.      Fauziah Binti Ismail (1989)

45..      Zulkifli Bin Shadan (1989)

46.      Normala Binti Maatan (1989-1996)

47.      Normajidy Bin A.Majid (1989-2005)

48.      Sharifah Zulaika Binti Syed Zain (1987-1997)

49..      Mohd Tap Bin Abu (1990-1995)
50.       Mohiden Bin Md.Jaafar (1991-1994)
51        Rosnani Binti Syawal (1992-1994)

52        Azahari Bin Kamarudin (1993-1999)

53        Kama Noriah Binti Ibrahim (1994-1997)

54        Md Tajuddin Bin Morad (1994-1998)

55        M.Yusri Bin A.Wahab (1994-1997)

56        Rosli Bin Md.Husain (1995-1996)

57        Kamarulzaki Bin Md.Nawi (1996-1998)

58        Mat Hassan Bin Mat (1997-1998)

59        Amran Bin Md Jusoh (1997-1998)

60       Zaiton Binti Amin (1997-1998)

61.      Mahzatul Shima Binti Danyal (1997-1998)

62.      Yante Binti Mohammad (1998)

63.      Salmi Binti Yasin (1998)

64.      Shamin Binti Amed (1998)

65.      Zaidah Binti Che Awang (1998-1999)

66.      Salbiah Binti Safar (1998-1999)

67.      Rahmah Binti Ghazali (1998)

68.      Tg Baizura Binti Tg Hamzah (1998)

69.      Mohd Adli Azmi Bin A.Rahman (2000-2007)
70.      Antony Anak Siba
71.      Muhaimin Bin Tabrani
Murid

Rekod terawal yang masih ada dalam simpanan bermula dari 25 Februari 1923. Di dalamnya tercatat senarai nama murid yang mendaftar bersama tarikh beranak, umur, nama penjaga, alamt, tempat beranak, tarikh masuk, darjah, pangkat ia lulus, tarikh keluar dan kenyataan. Terdapat juga murid yang tidak tercatat tarikh lahir dan kemasukan murid ke darjah satu tidak berdasarkan umur
Antara 10 senarai murid yang terkandung di muka surat pertama adalah;

1.        H.Omar Bin H.Ahmad

2.        Hashim Bin A.Manap

3.        Muhammad Bin Tahir

4.        A.Kadir Bin H.Mohamad

5.        Shahdan Bin Ramin

6.        Ibrahim Bin Pemaseh

7.        Md.Saleh Bin Bachok

8.        Ahmad Bin Haji Taib

9.        Marub Bin Mas’od

10.      Othman Bin Tahir.

No comments:

Post a Comment